Tidak dinafikan bahawa
sumber merupakan satu bahan yang penting bagi memudahkan pelajar untuk memahami
sesutau topik atau tajuk dengan lebih mudah. Salah satu sumber pembelajaran
adalah pusat sumber sekolah. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau
sejumlah ruangan yang mempunyai banyak koleksi buku dan journal yang dipelihara
dengan baik untuk digunakan oleh masyarakat. Selain itu, pusat sumber juga
merupakan pusat media, pusat pelajar, pusat pendidikan, pusat informasi dan
pusat rujukan. Pusat sumber berkembang dengan pesat disebabkan oleh pelbagai
fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat
serta keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat
sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya. Pusat
sumber sekolah mempunyai peranan yang sangat penting, antaranya:
1) Pusat
kegiatan belajar dan mengajar.
- Para guru dan
pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada
perpustakaan. Para guru akan mencari bahan-bahan yang bersesuaian
bagi membuat persediaan sebelum mengajar. Dalam proses pengajaran di
bilik darjah, pelbagai sumber rujukan di pusat sumber juga dapat membantu
pelajar dalam mengulangkaji pelajaran mereka dan mencari bahan
rujukan tambahan untuk meningkatkan kefahaman atau menambahkan maklumat
yang telah didapati di dalam kelas. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan
mendalam sesuatu pelajaran itu jika hanya bergantung pada guru sahaja
tanpa membuat rujukan tambahan.
2) Mengisi
masa lapang.
- Dengan adanya pusat sumber,
pelajar dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah daripada mereka
meluangkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti
melepak, membeli belah dan sebagainya. Di samping itu, mereka boleh
berbincang dan melakukan tugasan bersama rakan-rakan dengan menggunakan
pelbagai bahan rujukan yang terdpat di pusat sumber.
3) Pusat
perkembangan idea dan kreativiti.
- Pusat sumber juga merupakan pusat pengembangan
idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber bukan sahaja menyediakan
buku-buku rujukan malahan membekalkan pelajar-pelajar dengan bahan yang
berinovatif. Ini kerana, pusat sumber yang bergiat aktif, akan selalu
menjalankan program yang boleh mencungkil atau mengasah bakat pelajar dan
meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar.
4) Pusat
professional.
- Program-program yang dijalankan di pusat
sumber dapat membantu guru bagi menghasilkan idea yang lebih kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pusat sumber juga
dapat meningkatkan ikhtisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan
usaha-usaha meningkatkan prestasi dan kemajuan pendidikan di sesebuah
sekolah.
No comments:
Post a Comment