Monday, 1 June 2020

KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN




Akses merupakan proses atau cara untuk memperolehi data atau maklumat, manakala maklumat pula adalah pemberitahuan. Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Justeru, setiap pelajar sehaurusnya mempunyai kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran dalam membantu para pelajar menyelesaikan tugasan atau sebagainya.


Dalam topik ini, antara sumber yang diakses oleh para pelajar untuk memperolehi maklumat atau data ialah :

Sumber berasaskan manusia :
Sangat fleksibel dan mudah untuk diakses, bercorak interaktif serta melibatkan sumber dan murid secara langsung. Sebagai contoh :
- Rakan sebaya, pegawai sumber, pakar bidang dan guru.

Bahan bercetak :
Sumber agak murah dan mudah didapati, bahan didalamnya kekal lama dan bersifat konkrit. Sebagai comtoh :
- Buku, majalah dan surat khabar

Bahan pandang dengar :
Sumber ini boleh dikatakan agak mudah, menjadikan pembelajaran lebih menarik, memudahkan dalam mengakses maklumat dan bersifat user friendly. Sebagai contoh :
- Radio, video. Televisyen dan telefon pintar

Sumber berasaskan komputer
Sangat fleksibel dan mudah dikemaskini, jaringan bahan tidak terhad, melibatkan sumber yang canggih dan bersifat user friendly. Sebagai contoh :
- Cakera padat, disket dan internet

No comments:

Post a Comment